Saturday, December 26, 2009

kasih Allah pd gOlgan wanita..


Assalamualaikum wbt.. moga kalian sihat sejahtera..

Tanpa disedari cepat sungguh masa berlalu.. sibuk dengan pelbagai aktiviti dan urusan kehidupan harian lama jugak yana xmenjenguk blog.. kali yana nak share artikel la kod dr sebuah blog yang pernah yang baca suatu ketika dulu tentang martabat wanita di sisi Allah..

Dalam islam golongan wanita sgt tinggi martabat nya.. oleh itu wahai wanita, muslimah di luar sana bersyukurlah dilahirkan sbgai seorg wanita di dlm agama isLam ini.. pelbagai kisah, hadis byk mengutarakan ketinggian wanita.. bak kata perpatah tgn yg menghayun buaian mmpu mengocang dunia..

Tahukah kita betapa Allah syg kaum wanita seperti kita?? renungkan lah..

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau tak dibayangkan beratnya dosa – dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa – dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

Begitulah kira-kiranya
.- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
.- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepadasuami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalahseorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhlukALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

betapa Allah syang kan kaum wanita.. beribadat, taat pd suami, menjaga kehormatan diri mudah bukan bg seorg wanita itu melangkah kesyurga.. tetapi jgn lupa golongan wanita jugalah yg ramai di neraka kerana 4 perkara tersebut.. oleh otu renung2kan lah.. moga kita sma-sma mjadi wanita yg solehah.. s

think abOut i't..

really forget the aferiza blog add. hhmmm...

No comments:

Post a Comment